Monday, March 13, 2017



berkongsi Resipi Paprik Sotong Sedap. Resipi Paprik Sotong Sedap ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit     
40 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang
 

Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dihiris kasar
2 btg serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment