Lapisan Cendol
500 ml air
170 gm gula halus
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm )
250 ml santan ~ kita guna santan KARA ( santan KARA
ni campur air jadikan 250 ml )
secubit garam
30 gm tepung jagung
500 gm cendol
Panaskan 500 ml air dengan gula halus hingga gula
larut
Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan dalam adunan gula, masak hingga agar-agar larut.
Satukan santan, tepung jagung dan garam, kacau rata hingga tepung tidak berbintil.
Tapis, dan tuangkan dalam adunan agar-agar
Bila didih, tutup api Biar suam sikit baru masukkan cendol.
Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inc
Basahkan dengan air
Tuangkan agar-agar cendol
Biarkan ia mengeras
Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan
lapisan gula Melaka
Lapisan Gula Melaka
200 gm gula Melaka
500 ml air
2 helai daun pandan di simpul
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm)
250 ml santan pekat ~ ita guna KARA
secubit garam
Panaskan 500 ml air bersama dengan gula Melaka dan
daun pandan
Bila gula dah larut, angkat dan tapis
Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar
serbuk dan masak hingga agar-agar larut
Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis
Tuangkan juga santan dan secubit garam
Kacau senantiasa supaya santan tak pecah
Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-
agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol
atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula
Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti.
Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka
Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.
Tips dan panduan
Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan
masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila
adunan santan telah suam.
Kacau rata baru tuang dalam loyang.
Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau
tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan
( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di
tuang.
Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-
cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak
tertanggal.
sumber : azlita masam manis
Photos from Wanita Idaman's post
No comments:
Post a Comment