Resipi Lasagna Kulit Popia Selera Malaysia Terlajak Sedap.
Guna kulit popia je, tak perlu dah kepingan lasagna. Memang terasa kerangupannya.
.
Bahan-bahan:
12 keping kulit popia
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese diparut
1 cekak daun sup
1 biji cili merah dihiris
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar dicincang
1 cubit garam dan gula
.
Cara-cara:
Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
.
Lasagna Kulit Popia
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup kulit popia ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas kulit popia dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu keping kulit popia dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas kulit popia.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
.
Kredit: Mimie Ali
Tuesday, May 30, 2017
Lasagna Kulit Popia
Monday, May 29, 2017
solok lada
Cara buat solok lada
Mari mok su ma tunjuk lagumana buat solok lada versi mok aji selamah. Sy lbh suka kikis isi ikan kembung mentah.kikis dr ekor keatas senang. isi kembung lbh manis compare ikan selayang/sardin.
guna kelapa yg blm tua.(kelapa muda yg blh dikukur/mesin sederhana kasar. jgn halus x sedap).sifir dia sekilo ikan utk sebutir kelapa.blh jg guna ikan yg dikukus tp x ada rasa original manisnya isi ikan ,sbb air ikan dh terbebas.pilih cili yg lurus.
Biji cili jgn dibuang.sebaliknya ditumbuk lumat gaul bersama isi ikan n kelapa.lbh origional drp boh lada hitam atau lada sulah.kalau boh lada hitam rasa mcm msk lemak putih kelantan plk.tumbuk 2 ulas shj bwg putih.8 ulas bwg merah. Seinci halia dan 2 btg serai. Secubit gula dan sejemput garam.gaul dgn ikan dulu.br masukkan kelapa dan sebiji telor.
Telor ni fungsi sbg gam. sumbat padat.susun atas kcg pjg better.kalau lapik dgn daun pucuk manis nnti warna air daun merubah warna asli solok kita. Lps susun, siram dgn santan 2 cwn.sy lbh suka direbus bertutup sbb pati santan blh absorb ke dlm inti.lemak n wangi.kalau kukus hasilnya lain.inti yg lbh blh jg sumbat dlm bendir atau peria.buat bulat2 gitu pun blh tenggek tepi2.
Ok slmt mncuba.nnti blh balas pinggan jiran.😅😅😅😅
Sumber resepi : Gan Alma Daud
Group : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Kuey Teow Penang
Kuey Teow Penang sedap dan asli
Nak makan yang sedap mcm ni tak kan nak pergi penang kan!!! Klu ddk sana tak apa, jadi jom kita buat, ini resepi kwn admin bagi, dia org sana! Share cpt!!!
Bahan-bahan
BAHAN A (PASTE)
5,6 esok udang (berapa byk pun xpe, ikot selera)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
Sedikit air utk bancuh, *sikit je jgn lebih
Cara-cara
1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
BAHAN B (MEE)
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang dlm segenggam
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
UTK MEE-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
3. Bila dah betul2 kering boleh padam api, hidangkan panas2. Sedap!!!
*Share dan tag kawan2
Saturday, May 27, 2017
Miang Kham
Siapa pernah makan "Miang Kham" ni. Saya kenal makanan ni melalui kakak ipar saya asal dari satun Thailand. Ini resepi dari dia. Tapi ni gambar hiasan tau. Saya dah kecur liur tengok gambar ni. Hihihi 😅
Bahan-Bahan
Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering
Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)
Bahan kuah :
Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan
Cara sediakan :
Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.
Kacau dengan api perlahan
Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.
Cara makan :
Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan. Nyum nyum nyum. Sedapnya. Selamat mencuba. Hihihi. Silakan saja SHARE.
kredit resepi kepada NurulHuda Awang Yaacob via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Saturday, May 20, 2017
ayaq jagung ketagih
Dh 3 org mntk resepi ayaq jagung ketagih nie kat kite.. Nk post xbole,duk jauh2,terliuq katanya... Kite xkedekut ilmu... Nahhh amiklah resepi nie... Sejujurnya mmng #cikfarah main cmpk2 je pun ikot selera ank tekak
1 Tin susu pekat ,1 tin susu cair, 1 botol kordial jagung(farah pakai double lion tpi pkai mne2 brand pun bole, garam secubit... Gula ikot awk2 nk mnis mne sbb #cikfarah main agk2 gula ikot mnis yg kite nk... Sirap merah 2,3 titik utk bgi colour...jagung dlm tin, buhh 2 tin... Amik periuk, buh air kosong... Pnskn ats api biarkn mndidih pastu msukkn smua bhn diatas... Kacau smpai mndidih...-Air pnuhkn 1 priuk(4 liter stengah) balancekn ngn gula... Jagung x prlu blend sbb bijik2 jagung tu yg kite nak 😇😇😇
Nnti buat then tag kite tau ...jgn lupa share resepi nie... Ni buat side income pun bole... Laku keras tau... Ok doakn #DapurCikFarah semakin success & maju ye... Aminnn ya rabb... Jgn lupa buat... 😘😘😘 Share2 lah post nie, bgi org lain pun dpt buat sama 😇😇😇
#DapurCikFarah
#PengeluarMooncakeHalal
Friday, May 19, 2017
Dodol homemade
Dodol homemade...
Saje test power.anak no2 minat sangat mkn dodol
buat 1 adunan saje ckup la tuk 1 keluarga.
share resepi
Bahan2nya:
2 cawan santan pekat
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung pulut
1 Cawan air
sedikit garam
Cara2 membuatnya:
Masak Gula merah bersama gula,1 cawan air tadi nak wangi ltk daun pandan,dah larut tapis.
Bancuh santan,tepung pulut
tapis dlm gula merah tadi.masak sentiasa di kacau sampai pekat.sy masak dlm 45 mim kot.. tambah garam sikit ye nak lemak.dah siap terus msuk dlm bekas...
kredit resepi kepada Noraziah Yazid Nor Cookies via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Thursday, May 18, 2017
LOMPAT TIKAM PULUT MERAH
RESEPI LOMPAT TIKAM PULUT MERAH
Fav admin ni, klu mengadap lompat tikam ni, blh licin seloyang hahaah.. Klu beli tak pernah cukup! Buat sendiri senang, try la.. Share cpt!
Bahan-bahannya:
Bahagian Hijau:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air daun pandan (boleh campur sikit dengan pewarna hijau apple)
4 cawan air.
*Buat awal lgi baik
Cara2:
Sebatikan, tapis dan kacau atas api. Kacau sehingga berkilat
Bahan Bahagian Putih:
1 biji kelapa diambil santan pekatnya.
sedikit garam.
2 sudu tepung jagung/tepung beraspun boleh untuk memekatkan.
Cara2:
Sebatikan santan dengan garam. Masak atas api dan bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar hingga kuah jadi pekat dan masak.
*Jangan sampai pecah minya pulak ye.
Bahan Pulut Merah:
2 cawan beras pulut dibersihkan
3 sudu minyak masak
1 kotak santan
2 sudu minyak (jika mahu)
sedikit garam
sedikit pewarna merah/pink.
Cara masak pulut:
Campurkan semua bahan dan masak pulut macam biasa. paras air dilebihkan hanya 2 cm daripada paras pulut, tutup periuk dan tunggu masak
Bahan Gula Melaka:
Beberapa keping/ketul gula melaka
2 helai daun pandan
air secukupnya
Cara-cara:
Masakkan semua bahan bersama-sama. Kena pekat sikit ye...sejukkan dan tapis.
Cara menyatukan semua:
Ada mcm2 cara, ada org keraskan hijau dulu pastu curah yg putih tu, pulut tu nti nak makan baru cedok tepi.
Ada juga yg satukan terus semua, pulut paling bawah, pastu hijau dan atas sekali putih. Dan ada juga yg biar semua keras dan sejuk asing2, nak makan baru cedok satu2, mana2 pun blh. Admin suka cara lama. Keraskan hijau dulu pastu letak putih atas, nak makan bru cedok pulut dan curah kuah gula merah. Korg? Terpulang..
Cara-cara menghidang:
Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan. Masukkan juga sedikit pulut. Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. Siap utk dimakan!
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
Wednesday, May 17, 2017
NASI KERABU
Kerabu Kelantan Biru Original Paling Simple! Tapi sedap!! Ramai orang ingat susah nak buat nasi kerabu ni, tapi sebenarnya semang je..
RESEPI NASI KERABU
Nasi Kerabu terdiri daripada beras, campuran herba & sayur-sayuran (ulam), sambal ikan kerisi dan sambal kelapa. Beras warna biru hasil daripada memasak dalam bunga telang.
Beberapa orang mengatakan bunga telang mempunyai beberapa manfaat kesihatan tetapi ia tidak terbukti secara saintifik. Jomlah cuba memasak resepi nasi kerabu kelantan yang menyelerakan ini.
Bahan
Nasi Biru:
1 cawan nasi
8 bunga telang (saya tak jumpa bunga ni, jadi saya tukar kpd pewarna natural)
2 daun limau purut
1 serai
Sambal Ikan Kerisi
1 Mackerel, keluarkan dagingnya
80 gram kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 bawang merah
1 cm halia, dikupas
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
Sambal kelapa
3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
4 bawang merah, dikupas
300 ml santan
1 keping Asam Gelugur
1 batang serai
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil sos ikan bilis
Cara memasak nasi biru
resepi nasi kerabu kelantan biru original simple 02
1. Cuci beras lalu longkang.
2. Rendam beras dengan air bunga telang selama 10 minit.
3. Masukkan daun limau purut dan serai, lalu masak beras seperti biasa.
Cara memasak sambal ikan kerisi
Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan
Tumbuk halia dan bawang merah di dalam alu.
Masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik. Jika anda tidak mempunyai alu dan mortar, gunakan pengisar atau blender.
Cara memasak sambal kelapa
1. Campur cili kering dan bawang merah ke dalam pengisar.
2. Masukkan santan ke dalam periuk lalu tambahkan campuran cili kering dan bawang merah, asam gelugur, dan serai.
3. Reneh perlahan-lahan, kacau senantiasa selama 10 minit sehinga memisahkan minyak.
4. Tambah gula, garam, dan sos ikan bilis
Hidangkan nasi biru, sambal kelapa, dan sambal ikan kerisi bersama ulam, keropok, telur masin, ikan goreng tepung, daging bakar dan ayam goreng. Nasi kerabu kelantan yang menyelerakan siap dihidangkan.
P/s: klu nk lebih fhm blh tgk video, video 1,2 adalah step full.
Video kredit to : Amelia Edrus
*Jemput la share dan tag kawan2