Kuey Teow Penang sedap dan asli
Nak makan yang sedap mcm ni tak kan nak pergi penang kan!!! Klu ddk sana tak apa, jadi jom kita buat, ini resepi kwn admin bagi, dia org sana! Share cpt!!!
Bahan-bahan
BAHAN A (PASTE)
5,6 esok udang (berapa byk pun xpe, ikot selera)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
Sedikit air utk bancuh, *sikit je jgn lebih
Cara-cara
1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
BAHAN B (MEE)
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang dlm segenggam
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
UTK MEE-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
3. Bila dah betul2 kering boleh padam api, hidangkan panas2. Sedap!!!
*Share dan tag kawan2
No comments:
Post a Comment