Thursday, May 18, 2017

LOMPAT TIKAM PULUT MERAH

RESEPI LOMPAT TIKAM PULUT MERAH

Fav admin ni, klu mengadap lompat tikam ni, blh licin seloyang hahaah.. Klu beli tak pernah cukup! Buat sendiri senang, try la.. Share cpt!

Bahan-bahannya:

Bahagian Hijau:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air daun pandan (boleh campur sikit dengan pewarna hijau apple)
4 cawan air.
*Buat awal lgi baik

Cara2:
Sebatikan, tapis dan kacau atas api. Kacau sehingga berkilat

Bahan Bahagian Putih:
1 biji kelapa diambil santan pekatnya.
sedikit garam.
2 sudu  tepung jagung/tepung beraspun boleh untuk memekatkan.

Cara2:
Sebatikan santan dengan garam. Masak atas api dan bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar hingga kuah jadi pekat dan masak.
*Jangan sampai pecah minya pulak ye.

Bahan Pulut Merah:
2 cawan beras pulut dibersihkan
3 sudu minyak masak
1 kotak santan
2 sudu minyak (jika mahu)
sedikit garam
sedikit pewarna merah/pink.

Cara masak pulut:
Campurkan semua bahan dan masak pulut macam biasa. paras air dilebihkan hanya 2 cm daripada paras pulut, tutup periuk dan tunggu masak

Bahan Gula Melaka:
Beberapa keping/ketul gula melaka
2 helai daun pandan
air secukupnya

Cara-cara:
Masakkan semua bahan bersama-sama. Kena pekat sikit ye...sejukkan dan tapis.

Cara menyatukan semua:
Ada mcm2 cara, ada org keraskan hijau dulu pastu curah yg putih tu, pulut tu nti nak makan baru cedok tepi.
Ada juga yg satukan terus semua, pulut paling bawah, pastu hijau dan atas sekali putih. Dan ada juga yg biar semua keras dan sejuk asing2, nak makan baru cedok satu2, mana2 pun blh. Admin suka cara lama. Keraskan hijau dulu pastu letak putih atas, nak makan bru cedok pulut dan curah kuah gula merah. Korg? Terpulang..

Cara-cara menghidang:

Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan. Masukkan juga sedikit pulut. Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. Siap utk dimakan!

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

No comments:

Post a Comment