RESIPI AYAM GORENG MAMAK:
Seekor Ayam 1.6kg - 1.8kg di potong 12 (potongan Nasi Kandar).
3 Sudu besar Tepung gandum.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1/2 Sudu baking powder.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1/2 Sudu kecil Serbuk kunyit.
1 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus / serbuk cili.
2 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + 3 ulas bawang putih + 1" Halia.
3 Tangkai daun kari.
1 Kg. Minyak untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air berlebihan ayam. Selepas agak kering masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan sebati ketulan ayam didalam bekas. Selepas itu mMasukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan "plastic wraper" dan perapkan di dalam peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas perap ayam itu dan dalam sebuah bekas adunkan tepung gandum. tepung.beras dan tepung.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dihiris dua dan baking powder.Gaulkan sebati dan masukkan kedalam perapan daging ayam tadi. Jangan tambah air dulu cuba dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air.
3. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari ketulan ayam bila goreng..sekiranya terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam. Perap adunan teung ini selama 20-30 minit sebelum mula goreng.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik. Suhu gorengan ayam biasanya perlu dalam 350 - 375 F.
4. Jangan masukkan banyak sangat ketulan..cuba dari empat ketul dulu. Setiap kali anda masukkan ketulan ayam, suhu minyak akan turun ini yg menyebabkan salutan tepung menyera minyak dan goreng menjadi berlebihan minyak dan tak cantik. Pastikan ketulan isi ayam masak dengan baik. Ia boleh diperiksa dgn jangka suhu dapur suhu isi ayam sepatutnya beri bacaan 165C - 175C. Jika anda tidak memeliki jangka suhu dapur tanda-tanda ketulan ayam masak biasanya ketulan itu mula terapung.ke atas. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian kakinya mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Jangan goreng ayam terlalu lama kerana jus pada isi ayam akan kekeringan ia akan menghilangkan kemanisan semulajadi pada isi ayam dan menjadi terlalu keras.
Nota: Jangan lupa baca tip-tip goreng ayam dlm ruang komen yea.
No comments:
Post a Comment