Sunday, September 10, 2017
RESEPI PULUT KUNING
Fav saya musim raya ni buat pulut kuning dgn rendang and sambal ikan bilis. Honestly pulut ni saya da biasa buat..so saya just main campak2 je. Anyway saya bagi juga resepi..anggaran saya agak2 ye. Selamat mencuba.
Bahan2:
1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan )
2 keping asam gelugur
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdb gula
Dlm 2 sdt garam ( agak2..uolls rasa la )
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas pengukus
Cara :
1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata2 beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang2 tiga jam.
2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.
3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dlm loyang..simpulkan daun pandan letak dlm beras. Kukus selama 20 minit.
4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JGN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UTK KALI KE2.
5. Campurkan gula dan garam dlm santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama x basi cepat.
6. Gaulkan santan tadi dgn pulut..gaul sedikit demi sedikit smpi semua santan sebati dgn pulut. Biarkan ia rehat dlm 10 minit.
7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit...SIAP.
Kredit Resepi : Roszana Ismail
Like & Share
Senangnya Masak
Saturday, September 2, 2017
Bahan utk kuah
Ayam
Fish cake
Tahu kering
Bahan tumis
Bwg besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Daun kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Rempah kari daging
Santan
Garam/ gula
Cara- cara
Sila lihat video
Kredit Video : Ig rosehayatie
Kredit Gambar:Khalila Ibrahim
====================
Perghhh!!! Terbaik betul kalau dessert macam nie dapat makan waktu musim2 panas.. budak2 pun suka!! Kalau dihidangkan untuk tetamu, confirm esok datang lagi..
Mudah jer buatnya..
Bahan-Bahan :
1. Potong dadu buah berikut :
✔️ Buah Naga
✔️ Buah Kiwi
✔️ Buah Nenas
✔️ Buah Betik
✔️ Buah Tembikai
✔️ Buah Anggur
✔️ Buah Apa-Apalah yg korang suka
2. Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yg dikeluarkan isinya
3. Panaskan Agar-Agar seadanya.
4. Tuang Agar-Agar dalam tembikai
5. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti
6. Apa lagi.. makan lah.. 😍😍😍
Silakan Share..
Kredit resepi ini kepada Starvingtime เรื่องกินเรื่องใหญ่ via Persatuan Muafakat Johor
memandangkan hari ni hari raya korban..banyak daging lembu kat umah..tatau nak buat menu apa.. meh try buat menu ni👇
RESEPI DAGING BAKAR..SOS SIAM 😋😋
🐂 BAHAN-BAHAN
-DAGING
-GULA
-KICAP SOTONG (NAM PLA)
-SOS TIRAM
-MINYAK
-BLACK PAPER
cara2 buat ikut step bahan2 yang kat atas ni..dan PERAP SELAMA 1JAM. DAN BAKAR
RESEPI SOS
-KICAP SOTONG (NAM PLA)
-AIR LIMAU (TAK KISAH LIMAU APA)
-GULA KABUNG (GULA SIAM..NAK GUNA GULA BIASA PON BOLH)
-SERBUK CILI THAI
-BERAS GORENG
-BAWANG MERAH KECIK
-DAUN KETUMBAR
cara2 buat..ikut step resepi kat atas👆👆 selepas buh smua bahan..dan kacau2 ..siap 😘😘
share kalau rasa resepi ni sedap n nak cuba buat jugak.😍
selamat mencuba😋😋
(credit translate : Alwanie Ismail )
Kredit resepi ini tidak dapat dikesan . Sekiranya resepi ini milik anda boleh pm admin untuk kredit nama anda . Terima kasih 😊
Wednesday, August 30, 2017
Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum, bagus untuk orang perempuan yang tengah IKHTIAR HAMIL. Ini pun cik neesa baru tahu sebab ada kawan tag tentang manfaat pokok neh.
Then kalau korang google, banyak lagi khasiat-khasiat lain antaranya bagus untuk merawat jaundis ( penyakit kuning ) bagi baby yang baru lahir.
Untuk kaum lelaki pulak, orang kata daun dukung anak ni boleh menyembuhkan masalah mati pucuk. Dan ada jugak yang amalkan minum air daun dukung anak neh sebagai booster kepada masalah keletihan ( pengganti ketum ! Haha ) .
Kalau tak cukup tidur, cukuplah dengan segelas air dukung anak, dalam beberapa minit keletihan tu akan berkurangan dan sejam selepas tu terus hilang letih. Sangat sesuai kalau demam urat.
Bagi suami yang mahu booster, minum segelas pati air rebusan ( tanpa campur air kosong) sejam sebelum "aktiviti" anda. Selamat mencuba !
Tips nk rebus untuk ikhtiar hamil :
Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air. Rebus smpai la airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air. Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.
sumber : Neesa Roslan
#petua #petua
------------
Agar agar Lumut
Harum wangi pandan
Resepi ade kat bawah. Nak cuba bolehlah
Nikmattt gigit sejuk sejuk
Kredit Resepi: Wan Azreen Naser
Like & Share
Senangnya Masak
🍰AGAR-AGAR LUMUT🍰
Bahan-bahan :
25g agar-agar tali
800 ml air
6 helai daun pandan - dibersihkan dan potong 1 inci
600 ml air
1 cawan santan pekat - (guna 1 kotak kecil santan pekat M&S)
#Versi ni tak guna santan tau
2 biji telur
2sudu teh garam
11 sudu makan gula
Cara-caranya:
.
1. Masukkan agar-agar tali dan 800 ml air ke dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
2. Sementara itu, kisar daun pandan dan 600 ml air. Tapis air pandan tadi. Perah dan buang hampas daun pandan.
3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan. Biarkan mendidih.
4. Masukkan gula, kacau hingga gula larut.
5. Pecahkan telur, kacau dengan garfu atau pemukul telur hingga rata. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau rata.
Note : Kakak pi blender semua sekali air daun pandan + telur. Lepas tu masukkan terus dlm periuk.
6. Bila gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi. Kacau sentiasa hingga mendidih.Tutup api.
7. Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti sejuk. Bila sudah beku, hidangkan.
Kuah kacang mmg wajib dihari raya, klu kena gaya, mmg tak pandang dh lauk lain, makan dgn ketupat mcm tu je, siap bertambah! Share la.. sedap ni!
Bahan-bahannya:
5 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar - Kak Noor beli yang telah siap dikisar
2 batang serai - dititik
*3 sudu besar gula perang atau gula merah
3 sudu besar gula putih
3 keping asam gelugor (asam keping)
¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk perasa – jika suka
¾ cawan marjerin
¼ cawan minyak kelapa
Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan kemudian dikisar):
100 g cili kering
8 batang serai – dihilis halus
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
2 inci lengkuas
½ inci belacan
Air secukupnya untuk mengisar
Penyediaan Bahan-bahan B:
1. Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut. Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan.
2. Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit.
3. Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus.
Cara-cara membuat kuah kacang:
1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra.
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan juga air secukupnya. Kuah kacang mestilah jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ :)
.
LIKE Senangnya Masak
Wedges frozen
Bahan2
Ubi kentang
Tepung beras
Tepung jagung
Tepung gandum
Lada hitam
Cuka
Air kapur
Cukup rsa
Pewarna oren
Cara-caranya
1.basuh bersih ubi kentang.potong ikot potongan wedges.
2.rendam seketika kentang dlm air kapur dan cuka.
3.gaulkan bersama semua tepung2 dan lada hitam ditumbuk halus..
4.perasakan..ikot citarasa nk boh pewarna ka x..
5.. smpan dlm frigde. Nk guna nti ambk goreng je..simple n tiada bahan pengawet.. selamat mencuba..
Kredit to:Nisa det_masak apa hari ni
.
Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur
.
Bahan Kisar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
.
Bahan hiasan:
3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis
.
Cara- cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.
.
kredit video : Seminit Resepi
BENGKANG ROTI
Roti Gardenia 7 keping
1 Cawan Santan *
1 Cawan Susu Segar *
1 Cawan Gula *
1 Cawan Air masak
3 bji Telur (size c)*
1 Cawan Tepung gandum *
1 sudu kecil esen vanila*
Secubit garam*
Mentega secukupnya untuk sapu sekeliling loyang ( kalau saya loyang lapik kertas minyak senang nk kluarkan bengkang nt)
Cara penyediaan :
1.Rendam roti yg dh di carik-carik ke dlm air masak 1 cawan tadi ke dlm mangkuk besar. (Tekan2 roti tadi sampai meresap air.rendam 10 mnit smpai kembang.
2.Blender semua bahan yg bertanda * 2 mnit masukkan bahan Blender ke dlm Mangkuk Yg berisi Roti tadi kacau-kacau rata.
3.Tuangkan kesemua bahan2 tadi ke dlm loyang yg telah di sapu mentega
4.Bakar dlm oven api atas bawah suhu 180 °c (ikut kesesuaian oven masing) selama 40 hingga 50 mnit
SELAMAT MENCUBA
Pesan Cek Neti kalau nk share tu sila taip di comment share ye.ini untuk aktifkan resepi ini & untuk dapatkan resepi2 yg berikutnya
Kredit to cek Neti
Kuih Peneram
Yg Pasti... Sedapppppp......
Bahan-Bahan
4 cawan tepung beras
2 cawan gula merah
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Kuih Peneram
1. campurkan gula merah, gula pasir, dan air kemudian masak diatas api hingga gula hancur dan mendidih.
2. tapis air gula yang masih panas kedalam tepung beras kemudian kacau. masukkan tepung gandum dan kacau lagi hingga sebati. apabila sudah sudah sebati bentuk menjadi doh dan perap selama 2 - 3 jam.
3. ambil sedikit doh kemudian bentuk menjadi bulat pakai acuan, apabila anda sudah expert boleh bentuk bulat guna tangan je. kemudian buat lubang ditengah guna jari.
4. panaskan minyak yang banyak dalam kuali tetapi pastikan minyak tak terlalu panas atau kurang panas sebab ianya akan tak jadi cantik, kemudian goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan supaya masak sekata.
Like & Share
C&p kredit to:
Resepi Memikat Suami
Sunday, August 13, 2017
akok (mudah)
Terima kasih sis Afrina Amanina, sbb ajar bakar akok dgn sandwhich toaster.
Tips suami saya:
*Bakar selama 4 ke 5min, klu nak akok tu jadi cantik jgn buka penutup toaster,biarkn betul2 masak baru buka.
*sapu minyak kat toaster sblm bakar
*tuang adunan sehingga betul2 penuh
#kuihAkokMyHusband
#Copypaste
👇👇👇👇👇👇👇👇
Resepi akok (mudah)
---------------------------------
1 cwn santan
1 cwn telur (pecahkn mcm nk buat telur dadar, pastu sukat dlm cwn. Jumlah telur bergantung pada cwn yg kita pakai)
3/4 cwn gula putih + gula merah (kurangkan sikit jika manis)
1/2 cwn tepung gandum
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pandan paste
Putar semua bahan sampai kembang.
(blend pun boleh).
Sapu minyak sandwhich toaster dan bakar akok dlm 4 ke 5min
Kredit resepi ini kepada sabrina sarsan via masak apa hari ni
Monday, August 7, 2017
Karipap ombak rindu
Resepi kulit karipap
Ombak rindu JJ
Bahan2
1 kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan majerin atau butter
2 sudu teh garam halus
2 cawan air biasa ..klu keras blh tmbh
Cara
Satukan tepung dengan minyak dan butter gaul sebati
Larutkn garam dgn air
Tuang sikit demi sedikit hingga jdi doh yg lembut...
Perap 15 minit baru timbangkn doh...30 gram
Gelek jgn nipis ea...Biar tebal sikit dari doh karipap biasa
kredit resepi ini kepada JJ Pau Mawar via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Saturday, August 5, 2017
Cakoi Kampung
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 paket yis kering}
1 cawan gula pasir}
3 ½ cawan air}
Sedikit garam}
2 biji telur} satukan
½ cawan minyak mazola
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh air kapur
Cara Membuatnya:
1) Satukan tepung gandum dan minyak mazola. Masukkan bahan yang telah dilarutkan dalam air.
2) Uli adunan hingga licin dan tak melekat pada tangan.
3) Tutup dengan tuala lembab dan biarkan hingga keesokan paginya.
4) Tumbuk adunan dan buang anginnya. Uli lagi hingga licin dan lembut.
5) Ambil sedikit adunan dan canaikan.
6) Potong bentuk memanjang 7x2 cm.
7) Guna lidi, celup dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
8) Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan,tekan sedikit di bahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
9) Ulangi proses dan goreng dengan minyak penuh dan api sederhana.
Selamat Mencuba!
Resepi Kampung
cucoq kembong
Ada ka yg suka cucoq ni??
Kita tgk brapa org ya suka cucoq ni na 😘😘😘
-----------------------------------------
Maaf tak dapat reply semua takut ada yang tertinggal jadi saya edit kt sini na..😘😘
Resepi cucoq kembong 😍
-3cawan tepung gandum
-3cawan air panas mendidih
-5~6 sudu gula (ni boleh ejas ikut tekat sndri na)
-secubit garam
Cara2:
-campurkan tepung gula dan garam,gaul sebati lepas tu terus masukkan 3 cawan air panas yg kita baru jerang tu..
-kacau2 semua lepas tu biar sat,sementara tu boleh la p buat air kopi o dlu,hehe
-ok dah boleh start gentel2 kan dia
Tips ~~ masa nak gentel ni basuh tgn n lap jgn gentel masa tangan basah nanti susah dia licin,kalau agak melekat tangan basuh balik n lap,ulang sampai habis dah boleh goreng..
**Mmg sedap,luaq dia rangup dalam lembuttt sgt.
Selamat mencuba semua..😘😘😘😘
Kredit resepi ini kepada nurul shafinaz via masak apa hari ni
APAM CHEESE LEMBUT
Bahan2
2biji telur gred A atau B
1cawan gula
1sudu kecil ovelete
1cawan susu cair
2 keping cheddar cheese
2 cawan tepung naik sendiri
2sudu kecil esen vanilla
*masak susu cair dan cheddar chese dgn api sederhana hingga cheese larut.ketepikan
Cara:
Pukul gula telur ovelete dan esen vanila hingga putih gebu.masukan susu cair yg dimasak bersama cheese tadi.baru masukan tepung.ayak tepung dulu yer.gaul rata.
Boleh masukan dlm cup.saya guna sudu jer.kukus api sederhana 8-9 minit.. pstikan air kukusan mendidih dahulu..
selamat mencuba..
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
.
Kredit Resepi - Eiyjarn Aziean AnGah
Burger Malaysia/Mini
Burger Malaysia/Mini
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar majerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam
Cara Penyediaan:
Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml... Kacau larut bersama gula,.. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih di permukaan.. Dalam mangkuk yg berasingan satukan tepung gandum, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda..Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada bbrp bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil... Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang... Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian buh sambal ikan bilis dan hirisan timun.. siap!!..
Kredit resepi ini kepada dapur zue via masak apa hari ni
Kuih Gegetas
Kuih Gegetas
2 cwn tepung pulut
1 cwn tepung gandum
1/2 bj kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak utk menggoreng
Utk sira:
1 cwn gula
1/2 cwn air
2 helai daun pandan disimpul
Campurkan kesemua bhn kedlm bekas, tuang air sikit2 dan uli sampai tepung agak2 tak melekat kat jari
Cubit adunan sebsr bola ping pong bulatkan dan kemudian dileperkan
Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
Utk sira:
Masukkan gula,air dan daun pandan masak dgn api sederhana sehingga berbuih
masukkan kuih getas yg digoreng td dan kacau sampai gula bersakar
like & share
Resipi Kuih Favourite Malaysia
Tuesday, May 30, 2017
Lasagna Kulit Popia
Resipi Lasagna Kulit Popia Selera Malaysia Terlajak Sedap.
Guna kulit popia je, tak perlu dah kepingan lasagna. Memang terasa kerangupannya.
.
Bahan-bahan:
12 keping kulit popia
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese diparut
1 cekak daun sup
1 biji cili merah dihiris
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar dicincang
1 cubit garam dan gula
.
Cara-cara:
Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
.
Lasagna Kulit Popia
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup kulit popia ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas kulit popia dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu keping kulit popia dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas kulit popia.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
.
Kredit: Mimie Ali
Monday, May 29, 2017
solok lada
Cara buat solok lada
Mari mok su ma tunjuk lagumana buat solok lada versi mok aji selamah. Sy lbh suka kikis isi ikan kembung mentah.kikis dr ekor keatas senang. isi kembung lbh manis compare ikan selayang/sardin.
guna kelapa yg blm tua.(kelapa muda yg blh dikukur/mesin sederhana kasar. jgn halus x sedap).sifir dia sekilo ikan utk sebutir kelapa.blh jg guna ikan yg dikukus tp x ada rasa original manisnya isi ikan ,sbb air ikan dh terbebas.pilih cili yg lurus.
Biji cili jgn dibuang.sebaliknya ditumbuk lumat gaul bersama isi ikan n kelapa.lbh origional drp boh lada hitam atau lada sulah.kalau boh lada hitam rasa mcm msk lemak putih kelantan plk.tumbuk 2 ulas shj bwg putih.8 ulas bwg merah. Seinci halia dan 2 btg serai. Secubit gula dan sejemput garam.gaul dgn ikan dulu.br masukkan kelapa dan sebiji telor.
Telor ni fungsi sbg gam. sumbat padat.susun atas kcg pjg better.kalau lapik dgn daun pucuk manis nnti warna air daun merubah warna asli solok kita. Lps susun, siram dgn santan 2 cwn.sy lbh suka direbus bertutup sbb pati santan blh absorb ke dlm inti.lemak n wangi.kalau kukus hasilnya lain.inti yg lbh blh jg sumbat dlm bendir atau peria.buat bulat2 gitu pun blh tenggek tepi2.
Ok slmt mncuba.nnti blh balas pinggan jiran.😅😅😅😅
Sumber resepi : Gan Alma Daud
Group : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Kuey Teow Penang
Kuey Teow Penang sedap dan asli
Nak makan yang sedap mcm ni tak kan nak pergi penang kan!!! Klu ddk sana tak apa, jadi jom kita buat, ini resepi kwn admin bagi, dia org sana! Share cpt!!!
Bahan-bahan
BAHAN A (PASTE)
5,6 esok udang (berapa byk pun xpe, ikot selera)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
Sedikit air utk bancuh, *sikit je jgn lebih
Cara-cara
1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
BAHAN B (MEE)
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang dlm segenggam
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
UTK MEE-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
3. Bila dah betul2 kering boleh padam api, hidangkan panas2. Sedap!!!
*Share dan tag kawan2
Saturday, May 27, 2017
Miang Kham
Siapa pernah makan "Miang Kham" ni. Saya kenal makanan ni melalui kakak ipar saya asal dari satun Thailand. Ini resepi dari dia. Tapi ni gambar hiasan tau. Saya dah kecur liur tengok gambar ni. Hihihi 😅
Bahan-Bahan
Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering
Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)
Bahan kuah :
Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan
Cara sediakan :
Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.
Kacau dengan api perlahan
Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.
Cara makan :
Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan. Nyum nyum nyum. Sedapnya. Selamat mencuba. Hihihi. Silakan saja SHARE.
kredit resepi kepada NurulHuda Awang Yaacob via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Saturday, May 20, 2017
ayaq jagung ketagih
Dh 3 org mntk resepi ayaq jagung ketagih nie kat kite.. Nk post xbole,duk jauh2,terliuq katanya... Kite xkedekut ilmu... Nahhh amiklah resepi nie... Sejujurnya mmng #cikfarah main cmpk2 je pun ikot selera ank tekak
1 Tin susu pekat ,1 tin susu cair, 1 botol kordial jagung(farah pakai double lion tpi pkai mne2 brand pun bole, garam secubit... Gula ikot awk2 nk mnis mne sbb #cikfarah main agk2 gula ikot mnis yg kite nk... Sirap merah 2,3 titik utk bgi colour...jagung dlm tin, buhh 2 tin... Amik periuk, buh air kosong... Pnskn ats api biarkn mndidih pastu msukkn smua bhn diatas... Kacau smpai mndidih...-Air pnuhkn 1 priuk(4 liter stengah) balancekn ngn gula... Jagung x prlu blend sbb bijik2 jagung tu yg kite nak 😇😇😇
Nnti buat then tag kite tau ...jgn lupa share resepi nie... Ni buat side income pun bole... Laku keras tau... Ok doakn #DapurCikFarah semakin success & maju ye... Aminnn ya rabb... Jgn lupa buat... 😘😘😘 Share2 lah post nie, bgi org lain pun dpt buat sama 😇😇😇
#DapurCikFarah
#PengeluarMooncakeHalal
Friday, May 19, 2017
Dodol homemade
Dodol homemade...
Saje test power.anak no2 minat sangat mkn dodol
buat 1 adunan saje ckup la tuk 1 keluarga.
share resepi
Bahan2nya:
2 cawan santan pekat
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung pulut
1 Cawan air
sedikit garam
Cara2 membuatnya:
Masak Gula merah bersama gula,1 cawan air tadi nak wangi ltk daun pandan,dah larut tapis.
Bancuh santan,tepung pulut
tapis dlm gula merah tadi.masak sentiasa di kacau sampai pekat.sy masak dlm 45 mim kot.. tambah garam sikit ye nak lemak.dah siap terus msuk dlm bekas...
kredit resepi kepada Noraziah Yazid Nor Cookies via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Thursday, May 18, 2017
LOMPAT TIKAM PULUT MERAH
RESEPI LOMPAT TIKAM PULUT MERAH
Fav admin ni, klu mengadap lompat tikam ni, blh licin seloyang hahaah.. Klu beli tak pernah cukup! Buat sendiri senang, try la.. Share cpt!
Bahan-bahannya:
Bahagian Hijau:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air daun pandan (boleh campur sikit dengan pewarna hijau apple)
4 cawan air.
*Buat awal lgi baik
Cara2:
Sebatikan, tapis dan kacau atas api. Kacau sehingga berkilat
Bahan Bahagian Putih:
1 biji kelapa diambil santan pekatnya.
sedikit garam.
2 sudu tepung jagung/tepung beraspun boleh untuk memekatkan.
Cara2:
Sebatikan santan dengan garam. Masak atas api dan bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar hingga kuah jadi pekat dan masak.
*Jangan sampai pecah minya pulak ye.
Bahan Pulut Merah:
2 cawan beras pulut dibersihkan
3 sudu minyak masak
1 kotak santan
2 sudu minyak (jika mahu)
sedikit garam
sedikit pewarna merah/pink.
Cara masak pulut:
Campurkan semua bahan dan masak pulut macam biasa. paras air dilebihkan hanya 2 cm daripada paras pulut, tutup periuk dan tunggu masak
Bahan Gula Melaka:
Beberapa keping/ketul gula melaka
2 helai daun pandan
air secukupnya
Cara-cara:
Masakkan semua bahan bersama-sama. Kena pekat sikit ye...sejukkan dan tapis.
Cara menyatukan semua:
Ada mcm2 cara, ada org keraskan hijau dulu pastu curah yg putih tu, pulut tu nti nak makan baru cedok tepi.
Ada juga yg satukan terus semua, pulut paling bawah, pastu hijau dan atas sekali putih. Dan ada juga yg biar semua keras dan sejuk asing2, nak makan baru cedok satu2, mana2 pun blh. Admin suka cara lama. Keraskan hijau dulu pastu letak putih atas, nak makan bru cedok pulut dan curah kuah gula merah. Korg? Terpulang..
Cara-cara menghidang:
Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan. Masukkan juga sedikit pulut. Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. Siap utk dimakan!
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
Wednesday, May 17, 2017
NASI KERABU
Kerabu Kelantan Biru Original Paling Simple! Tapi sedap!! Ramai orang ingat susah nak buat nasi kerabu ni, tapi sebenarnya semang je..
RESEPI NASI KERABU
Nasi Kerabu terdiri daripada beras, campuran herba & sayur-sayuran (ulam), sambal ikan kerisi dan sambal kelapa. Beras warna biru hasil daripada memasak dalam bunga telang.
Beberapa orang mengatakan bunga telang mempunyai beberapa manfaat kesihatan tetapi ia tidak terbukti secara saintifik. Jomlah cuba memasak resepi nasi kerabu kelantan yang menyelerakan ini.
Bahan
Nasi Biru:
1 cawan nasi
8 bunga telang (saya tak jumpa bunga ni, jadi saya tukar kpd pewarna natural)
2 daun limau purut
1 serai
Sambal Ikan Kerisi
1 Mackerel, keluarkan dagingnya
80 gram kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 bawang merah
1 cm halia, dikupas
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
Sambal kelapa
3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
4 bawang merah, dikupas
300 ml santan
1 keping Asam Gelugur
1 batang serai
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil sos ikan bilis
Cara memasak nasi biru
resepi nasi kerabu kelantan biru original simple 02
1. Cuci beras lalu longkang.
2. Rendam beras dengan air bunga telang selama 10 minit.
3. Masukkan daun limau purut dan serai, lalu masak beras seperti biasa.
Cara memasak sambal ikan kerisi
Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan
Tumbuk halia dan bawang merah di dalam alu.
Masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik. Jika anda tidak mempunyai alu dan mortar, gunakan pengisar atau blender.
Cara memasak sambal kelapa
1. Campur cili kering dan bawang merah ke dalam pengisar.
2. Masukkan santan ke dalam periuk lalu tambahkan campuran cili kering dan bawang merah, asam gelugur, dan serai.
3. Reneh perlahan-lahan, kacau senantiasa selama 10 minit sehinga memisahkan minyak.
4. Tambah gula, garam, dan sos ikan bilis
Hidangkan nasi biru, sambal kelapa, dan sambal ikan kerisi bersama ulam, keropok, telur masin, ikan goreng tepung, daging bakar dan ayam goreng. Nasi kerabu kelantan yang menyelerakan siap dihidangkan.
P/s: klu nk lebih fhm blh tgk video, video 1,2 adalah step full.
Video kredit to : Amelia Edrus
*Jemput la share dan tag kawan2
Sunday, April 30, 2017
LAKSA TELUR GORENG BERSARANG
Ats permintaan sya repost blk ye resepi LAKSA TELUR GORENG BERSARANG yg femes d kuala kangsar ktanya..resepi laksa anda blh ikut resepi yg anda suka..cuma sya nk share cara buat telur bersarang tu..
LAKSA TELUR GORENG BERSARANG
------------------------------
Bhn:
5 ekor ikan(1/2 kg)
**cuci bersih rebus lmbut dgn 3kpg asam keping n garam)
1bj bwg besar*
5bj bwg kecil*
1"belacan*(optional)
1/2 genggam ikan bilis*
2-3senduk cili blend(ikut kaler n kpdsn yg anda nk)
Daun kesum
Bunga kantan(belah 2)
1-2kpg asam keping
1kiub ikan bilis(optional)
Garam
Gula
Bhn sampingan:
Limau kasturi(xde lupa bli)
Bwg besar(hiris nipis)
Cili api(ptg kcl)
Timun(ptg memanjang)
Salad(jika suka)
Telur goreng bersarang
Cara:
Ikan yg dh drebus td..dasingkn tulang dn isinya..blend isi ikan mnggunakan air rebusan yg dh dtapis trlebih dahulu..agk2 ye air tu sekadar blh blend je..masukkn isi ikn yg dh dblend ke dlm periuk..kemudian blend pulak tulang ikan..juga guna air rebusan ikan td..kemudian tapis msuk dlm periuk berisi isi ikan td..bhn brtnda*juga dblend dgn air rebusan ikn@air biasa..msukkn dlm periuk td..bkk api..masukn cili blend..kiub ikn bilis daun kesum kantan n asam keping..klu agk pekat kuahnya blb tmbh air biasa..biarkan merenih n mndidih..masukkn garam n sdkt gula(utk seimbangkn rasa masam)..kacau rata..rasa2 dh ckup masam masinnya..ttup api..
Telur goreng bersarang
Bhn:
Telur(ikut nk byk mna)
Tpg jagung
Garam
Cara:
1bj telur+1sdt tpg jagung+secubit garam..dkocok rata..n dtapis(tujuannya xnk nnti telur bketul..susah utk kerja menjala)
Masukkn telur yg dtapis td dlm acuan roti jala(muncung 3)..pnskn minyak(myk harus byk)..mnyak kena btl2 pns ye..bila myk dh pns..api kuat..dgn lajunya menjala(picit botol jala tu la ye)..bila dh garing..bru pusingkan utk garingkan yg sebelah lg..
bt la byk mna yg anda nk..ulg proses sama..klu xnk susah..skli jln je bncuh telur tu
LAKSA TELUR GORENG BERSARANG
Ats permintaan sya repost blk ye resepi LAKSA TELUR GORENG BERSARANG yg femes d kuala kangsar ktanya..resepi laksa anda blh ikut resepi yg anda suka..cuma sya nk share cara buat telur bersarang tu..
LAKSA TELUR GORENG BERSARANG
------------------------------
Bhn:
5 ekor ikan(1/2 kg)
**cuci bersih rebus lmbut dgn 3kpg asam keping n garam)
1bj bwg besar*
5bj bwg kecil*
1"belacan*(optional)
1/2 genggam ikan bilis*
2-3senduk cili blend(ikut kaler n kpdsn yg anda nk)
Daun kesum
Bunga kantan(belah 2)
1-2kpg asam keping
1kiub ikan bilis(optional)
Garam
Gula
Bhn sampingan:
Limau kasturi(xde lupa bli)
Bwg besar(hiris nipis)
Cili api(ptg kcl)
Timun(ptg memanjang)
Salad(jika suka)
Telur goreng bersarang
Cara:
Ikan yg dh drebus td..dasingkn tulang dn isinya..blend isi ikan mnggunakan air rebusan yg dh dtapis trlebih dahulu..agk2 ye air tu sekadar blh blend je..masukkn isi ikn yg dh dblend ke dlm periuk..kemudian blend pulak tulang ikan..juga guna air rebusan ikan td..kemudian tapis msuk dlm periuk berisi isi ikan td..bhn brtnda*juga dblend dgn air rebusan ikn@air biasa..msukkn dlm periuk td..bkk api..masukn cili blend..kiub ikn bilis daun kesum kantan n asam keping..klu agk pekat kuahnya blb tmbh air biasa..biarkan merenih n mndidih..masukkn garam n sdkt gula(utk seimbangkn rasa masam)..kacau rata..rasa2 dh ckup masam masinnya..ttup api..
Telur goreng bersarang
Bhn:
Telur(ikut nk byk mna)
Tpg jagung
Garam
Cara:
1bj telur+1sdt tpg jagung+secubit garam..dkocok rata..n dtapis(tujuannya xnk nnti telur bketul..susah utk kerja menjala)
Masukkn telur yg dtapis td dlm acuan roti jala(muncung 3)..pnskn minyak(myk harus byk)..mnyak kena btl2 pns ye..bila myk dh pns..api kuat..dgn lajunya menjala(picit botol jala tu la ye)..bila dh garing..bru pusingkan utk garingkan yg sebelah lg..
bt la byk mna yg anda nk..ulg proses sama..klu xnk susah..skli jln je bncuh telur tu
Telur Goreng Bersarang
Laksa Telur Goreng Bersarang
Resepi laksa tu resepi yg biasa org lain buat. Cuma kuah nk lagi sedap boleh blend daun kesum. Tp sy nk share cara buat telur goreng bersarang tu.
Bahan-bahan
Telur sebiji
Tepung jagung letak sikit hujung sudu je.
Minyak masak utk menggoreng
Pukul telur dan tepung jagung sampai sebati. Tujuan letak tepung jagung utk lebih crunchy dan efek Krupp krapp bila mkn. Tak letak pun ok je. Still crunchy gak.
Cara nak dapat telur yg bersarang. Pasti kan minyak banyak dan betul2 panas. Tuangkan telur sikit2 dan telur mesti lah tarik tinggi. Sudip kena kacau laju masa tuang telur tu baru telur bertali dan halus. Goreng sampai garing dan angkat. Siappp dan boleh ngap 😄
#lupa mbik kt mn resepi ni,klau ni resepi awak pm sy nk minta izin
Monday, April 3, 2017
KEK PISANG SENANG
KEK PISANG SENANG SANGAT!!
by : zlaila hashim
1 1/2 cwn tepung
1 sk sodium bikarbonat
1sk baking powder.
1 cwn pisang
1 cwn minyak
1 bijik telor
1 cwn gula halus
CARA - CARA
-blend telor & gula smp kembang.
-masukkan minyak ngan pisang.
-masukkan tepung
-gaul sehingga sebati
-kukus selama 45minit..
Taraaa...
Siapp..
Share supaya xhilang😊
RESEPI PULUT AYAM
RESEPI PULUT AYAM SEDAP DAN SGT MUDAH!!!
Pulut ayam ni memang payah nak jumpa dikebanyakan negeri, ianya byk dibelah utara, tp jgn risau cara buat di mudah je, try la.. Share cpt!!!! Ok
Bahan-bahan ( 8orang )
1. 1 ekor ayam(L) - potong/cuci/tos
*garam +serbuk kunyit
*4 sudu besar rempah kari daging
*6 batang serai - ditumbuk halus
bhn* d perap brsama ayam 30 minit
2. 6 sudu besar tepung jagung
3. 1/2 cawan bijan
4. bawang merah - hiris nipis/goreng
5. sos cili thai maggi/mae pranom thai
6. daun pandan - carik2 @ gunting pendek2
7. 1 kg beras pulut - cuci/rendam
- kalu guna beras pulut susu (Thai) - rendam hanya 3-4 jam shj
Cara-cara
1. Kukus pulut brsama daun pandan, cam biasa(bleh letak gak daun pandan dlm air kukusan) - kukus 30 minit @ hingga masak.. 15 minit prtama buka periuk kukus & renjis2 dgn air masak pd prmukaan pulut, tutup smula periuk & kukus smula hingga masak
2. Ayam d perap brsama bhn* 30 minit, kmudian masukkn tepung jagung - gaul mesra d ikuti bijan, gaul lgi
Panaskn minyak + minyak goreng bwg tadi, goreng ayam cam biasa
3. Apabila semua dah ok, bleh lah menikmati pulut kukus brsama ayam goreng, bwg goreng & x lupa sos cili thai @ mae pranom thai
4. Biarkn lebihan/baki pulut dlm periuk kukus - sntiasa panas apabila perlu, apabila kerap d panaskn pulut semakin lmbut
Siap! Dan boleh makan panas2! Sedap!!!